Masuk minggu lepas, sudah 2 minggu saya tak dapat gunakan Streamyx di kampung saya. Kenapa? Sebab talian telefon tiada. Sungguh tak puas hati apabila di beri alasan masalah kontraktor. Mujurlah saya menggunakan Celcom Broadband untuk meneruskan kerja-kerja online saya. Blog HPA langsung tak dapat saya nak update berikutan saya kebosanan menunggu file loading kerana di kampung saya tiada liuputan 3G seperti di rumah sewa saya di Rompin.

Jika masalah ini pun Telekom tak dapat selesaikan secepat mungkin, saya rasa khidmat jalur lebar mereka bukanlah yang terbaik sungguh pun kelajuan Celcom Broadband yang saya gunakan sekarang ni tak setanding dengan kelajuan Streamyx. Hmm.. cukuplah saya meluahkan perasaan tidak puas hati ini di dalam blog saya ni.

Jam sudah menunjukkan 2.30 pagi. Saya masih mencari-cari bahan yang boleh saya gunakan untuk kerja-kerja online.

Pada permulaan pengenalan kepada elektroknik, pasti kod warna perlu menjadi ingatan kepada mereka yang mula mengenali bidang elektronik.  Soalnya bagaimana kamu ingin mengingatnya adalah menjadi skill masing-masing. Bagi saya, saya menghafal kod warna perintang sejak awal memasuki sekolah menengah.

ccode

Jika kita lihat pada warna pertama jalur perintang tersebut:

  • Jalur pertama menunjukkan angka 2 (Lihat gambarajah)
  • Jalur yang kedua adalah menunjukkan angka 7
  • Jalur yang ke-3 pula adalah jalur yang menunjukkan nilai kali perintang (x1000)
  • Jalur yang ke empat adalah nilai toleransi

Contoh di atas adalah perintang bernilai 27000 ohm (27k ohms).  Cara mudah membaca adalah :

  • Lihat jalur pertama,catat
  • lihat pula jalur kedua, catat
  • Lihat jalur ketiga dan kalikan dengan nilai seperti contoh, 1k=1000 . Maka kalikan ia dengan angka jalur 1 & 2 tadi.

Ape pompuan tak suka dan apa lelaki jawab…

.P=pompuan & L=lelaki
1. MENINGGIKAN SUARA
P=Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!
2. MAIN KAYU TIGA
P=Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

L=Yang menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’
P=Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

L=macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar pun….

4. MENGONGKONG
P=Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

L=Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu…!!

» Baca Lagi..

Sudah lama saya tak update blog ini. Kali ini saya ingin membicarakan tentang tugas personal IT dalam sebuah organisasi dan bidang-bidangnya. Ramai graduan IT yang lahir dari universiti-universiti setiap tahun . Itu belum lagi dicampurkan dengan penggodam-penggodam dan bakal pakar komputer yang kita boleh lihat di Cyber Cafe sekarang. Maklumlah..kanak-kanak pun sudah kenali apa itu komputer dan tak mustahil ia akan memupuk minat mendalam dalam bidang itu.Siapa tahu?

Dunia teknologi maklumat mempunyai banyak cabang. Begitu juga dengan kemahiran dan kepakaran yang ada pada seseorang. Ada yang pakar dalam laman web, perisian, perkakasan, rangkaian, grafik, dan macam-macam lagi. Bagi saya, cukup indah jika mempunyai semua kepakaran dalam bidang IT . Tapi jarang kita jumpa dengan personel ini kerana jika mereka mendalam bidang perisian, maka bidang itulah yang akan terus mereka dalam sehingga mereka digelar pakar.

Namun segelintir masyarakat yang belum faham, hanya akan terus meletakkan perkataan ‘IT’ tersebut pada seseorang personel yang membawa maksud, personel ini pakar dalam semua bidang dalam IT. Wahh… bagusnya.. jika personal itu gagal memberi khidmat diluar kemahirannya, maka berbakullah kutukan yang akan diterima. Namun yang sudah menjadi kebiasaan, ia adalah lumrah. .

Dalam buku Motivasi Perniagaan Dr.Irfan Khairi, ada menulis bahawa jika inginkan hasil kerja yang berkualiti dan baik, maka serahkanlah pada yang mahir dan berpengalaman. Jika diserahkan pada yang belum mengerti, atau tidak mahir, maka hasilnya ‘tidak mahir’ lah.

Kemahiran didapati dengan pengalaman. ia disokong dengan pengetahuan. Jika ilmu tanpa amalan, maka tiada gunanya. Sebagai contoh, penggodam atau lebih dikenali sebagai hacker, lahir dengan kemahiran, pengetahuan, dan ilmu yang mendalam. ia juga memakan masa. Masakan mungkin hari ini dia belajar programming, maka esok dia dah jadi hacker.. kalau menjadi cracker bolehlah..

Ramai yang sudah tahu tentang komputer, dan kepentingan komputer dalam kehidupan seharian. Sejauh mana ilmu yang kita ada tentang komputer, bukan halangan untuk kita menggunakannya dan memilikinya pada zaman sekarang.

Antara komputer klon (Pasang siap) dan komputer branded (berjenama), yang mana kamu ingin pilih? . Ada yang menjawab komputer branded. Dan bagi yang lebih tahu tentang komputer, pasti memilih pc klon. Ada yang bertanya kepada saya apa perbezaan komputer klon dan branded?. Komputer klon adalah komputer yang segala barangan nya bermula dari casing, mother board, CPU, PSU, dipasang sendiri oleh pengguna atau penjual. Apa yang istimewanya komputer klon?

  • Kamu boleh pilih spesifikasinya mengikut kemampuan kamu.
  • Kamu boleh mendapat komputer yang lebih puas hati.
  • Kamu boleh upgrade atau tukar barang bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan waranty.
  • Boleh dimiliki dengan kos yang paling rendah dan boleh juga menjadi mahal jika kamu memilih barangan yang lebih mahal.

Jika kamu memilih komputer branded :

  • Kamu terikat dengan waranty. Kamu nak upgrade sendiri, tak boleh.
  • Kamu mendapat komputer yang spesifikasinya ditetapkan oleh penjual.
  • Jika ada kekurangan,maka ia tidak boleh di ubah atau di upgrade sesuka hati.

Pendek kata, ada kelebihan & kekurangan . Bagi saya, saya lebih suka gunakan komputer  pasang sendiri. Tapi bagaiman nak pasang dan memilih? . Jika kamu pasang, kamu tahu sendiri selok - blok komputer. Jadi jika kamu perlu bantuan, saya sediakan khidmat personal coaching untun tutorial pemasangan komputer. Saya tak boleh ketempat kamu kerana jauh, dan saya tak boleh jualkan komputer kerana saya agak sibuk untuk uruskan semua itu. Apa yang dapat saya beri adalah bantuan dari semasa ke semasa dan saya sudah sediakan modul untuk  membantu kamu dalam pemasangan, pengenalan, dan seterusnya bantuan secara peribadi. Jika kamu berminat, hubungi saya.Insya Allah, saya akan beri khidmat sebagai pembantu & Pengajar kamu .

Sudah lama saya gunakan software ini untuk :

  • Convert kebanyakan video kepada MP4,3GP,SKM, untuk telefon kamu.
  • Buangkan video, kamu boleh ambil audionya sahaja (mp3)
  • Convert video kepada AVI,WMV,OGM,FLV
Sebelum ini, untuk membuat editting video, saya suka gunakan perisian Sony Sound Forge. Namun Gom Encoder juga bagus dan ia percuma. Untuk video player di dalam laptop, saya lebih suka gunakan Gom Player. Jadi, bagi yang ingin mencuba perisian ini, kamu boleh download di laman webnya:

Jika diperhatikan, masyarakat di negara kita belum benar-benar mempraktikkan perbankan online. Kenapa saya kata begitu? Lihat sahaja di   pejabat Pos, Kaunter Pembayaran,  ramai yang berbaris menunggu giliran untuk membayar bil-bil. Sebenarnya, bukan kepada pengguna sahaja. Institusi-institusi atau syarikat yang menjalankan perniagaan, urusniaga juga perlu mengaplikasikan e-dagang dalam urusan.

Dalam dunia maya,dunia internet sendiri, ramai yang sudah mula beralih arah untuk menjalankan perniagaan melalui internet, mengembangkan perniagaan melalui internet, dan juga mempromosikan barangan atau khidmat melalui internet. Saya ada membaca salah satu post dari saudara Norizam Shah iaitu usahawan internet, beliau pernah terjumpa listing di dalam ebay yang menjual durian. Pelik jugakan? . Namun, jika ia ada permintaan, tak salah dan mendatangkan lebih banyak keuntungan.

Seperti biasa, setiap bulan, saya sendiri akan membayar bil-bil melalui internet. Cukup mudah dan tak perlu beratur panjang-panjang. Bukannya malas, tetapi ia memudahkan kita. Di luar negara seperti US, mereka cukup aktif membeli-belah secara online. Ini menggambarkan bahawa mentaliti mereka yang yakin dan corak kehidupan mereka yang sibuk membuatkan urusan online menjadi pilihan mereka.

Merayau dalam dunia internet, tidak kiralah apa jua tujuan kamu, cuba perhatikan.  Dunia internet terlalu sinonim dengan bahasa inggeris. selama beberapa tahun mengenali komputer dan internet, saya sudah dapat menguasai pemahaman bahasa inggeris.

Semasa di awal pendidikan kanak-kanak, kita sudah didedahkan dengan bahasa Inggeris. Maklumlah,kita dahulu memang sudah dijajah dengan golongan ini. Cuma tak ramai mahir dengan bahasa Jepun. Haha..

Wajarkah kita mengabaikan penguasaan bahasa Inggeris?. Di Internet, sudah menjadi bahasa ilmu . Jadi bagaimana kita nak ambil ilmu itu jika kita tidak ambil peduli tentang pentingnya penguasaan bahasa Inggeris?. Kita tak perlu menjadi orang yang lupakan budaya, lupakan adat untuk menguasai bahasa Inggeris, mahupun bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa ibunda kita. Sudah namanya kita bangsa Melayu, kita sudah di ajar dengan bahasa Malayu sejak kecil. Begitu juga dengan penerapan Al-Quran dalam hidup. Jika kita sudah lama diterapkan dengan pembacaan Al-Quran sejak kecil, kita tidak ada masalah dalam penguasaannya, penghayatannya, dan amalannya..

P/S: Cari duit di Internet, kalau kamu mahir English, itu adalah bonus bagi kamu ..

IT is a broad-based technology needed to support information systems. IT Supports activities involving the creation, storage, manipulation, and communications of information., together with their related method,management and application.

Below shows the main components of IT:

1.COMPUTER

Used to receive, store, process, and present data and information.

2.COMMUNICATION NETWORK

Used for sending and receiving data and information.

3.KNOW-HOW

What, when, and how IT is used to solve problems effectively, with reference to familiarity with IT tools, the needed skills, understanding when to use IT for solving problems, and the exploitation of oppurtunities.

Siapa tak kenal Bill Gates? Siapa pulak Kenal Steve Jobs? . Mereka adalah lagenda yang sudah terlekat dalam mentaliti masyarakat dunia. Pencetus kemajuan dunia komputer. Apa kaitannya Microsoft dengan Apple? . Jika kamu belum mengetahui kronologi penciptaan komputer, saya rasa, kamu perlu menonnton filem “Pirates of Caribean Silicon Valley” . Filem ni sudah ditayangkan beberapakali di Astro. Namun bagi yang tak tengok dan tak tahu, kamu boleh menontonnya di You Tube atau download sendiri melalui torrent. Saya hanya menonton di You Tube saje..hehe..